Petugas hospital membawa mayat selepas dipercayai jangkitan wabak Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. Foto arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Negara menyaksikan pertambahan 2,521 kes baharu jangkitan Covid-19 semalam, menjadikan jumlah terkumpul 4,891,581.

Lapan kes kematian dalam tempoh sama termasuk dua berlaku di luar hospital.

Pertambahan kes itu menjadikan angka keseluruhan kematian meningkat kepada 36,496 sejak pandemik ini melanda Malaysia pada Mac 2020.

Data KKMNOW menunjukkan kes aktif pula 34,534 dengan 32,766 kes dikuarantin di rumah.

Jumlah kemasukan hospital pula sebanyak 1,695.

Daripada jumlah itu 73 kes dirawat di unit rawatan rapi termasuk 47 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette