KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat sebanyak 3,781 melepasi angka sembuh 2,979 semalam.
Ia menjadikan kes keseluruhan jangkitan sebanyak 4,895,359.
Manakala angka kematian tinggi semalam kepada sembilan kes, menjadikan jumlah kumulatif 36,504.
KKMNOW melaporkan sebanyak 35,347 kes aktif dilaporkan semalam dengan 33,706 kes dikuarantin di rumah.
Jumlah pesakit dimasukkan ke hospital sebanyak 1,676 dengan 75 kes ditempatkan di unit rawatan rapi.
Daripada jumlah itu, 47 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette