Calon Pakatan Harapan P.107 Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan bercakap pada sidang media mengenai isu-isu semasa pencabarnya, Khairy Jamaluddin sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sungai Buloh, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 08 November 2022.

SUNGAI BULOH – Cita-cita Khairy Jamaluddin mahu menjadi Perdana Menteri serta menerajui UMNO disifatkan sebagai lucu.

Seteru Khairy bagi merebut kerusi Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan menyifatkan calon Barisan Nasional itu seorang yang kejar jawatan dan mahu glamour.

”Kamu cakap hendak jadi Perdana Menteri tapi jika menang nanti kamu akan sibuk berpolitik kerana mahu memegang jawatan itu dan rakyat pula tidak dijaga,” katanya di sini.

Katanya, bukan mudah untuk menjadi seorang Perdana Menteri apatah lagi dengan rekod kehadiran Khairy pada Sidang Dewan Rakyat ketika memegang portfolio Menteri Kesihatan.

Beliau berkata, kehadiran Khairy di Parlimen pada penggal lalu hanya 38 daripada 89 sidang sahaja.

Ramanan berkata, terdapat ramai lagi pemimpin muda yang berwibawa dan boleh kehadapan untuk menjadi pemimpin negara.

“Kita ada ramai lagi pilihan yang lebih bersih, tidak berskandal, jujur, ikhlas dan tidak sombong seperti calon PH Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan calon Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

“Kalau kita tengok Khairy sebagai ‘Menteri Vaksin’ cara pengendalian beliau untuk Covid-19 adalah antara yang terburuk di dunia serta gagal,” dakwa Ramanan lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.