R. Ramanan

SUNGAI BULOH – ”Khairy Jamaluddin perlu menjawab semua pertanyaan yang saya tujukan sejak Sabtu lalu, jika tidak mahu saya terus menganggunya,” desak Datuk R. Ramanan, calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Sungai Buloh.

Katanya, dia bertindak demikian supaya Khairy menjawab persoalan yang dilemparkan supaya penduduk Sungai Buloh mendapat penjelasan.

”Saya sudah minta dia jelaskan isu ini. Dan saya sudah timbulkan persoalan kepadanya.

”Ia melibatkan isu ECM Libra, Kementerian Belia dan Sukan, Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), isu vaksin. Takkan kita nak biarkan sahaja,” tambahnya.

Terdahulu, Khairy merupakan calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh berkata, isu kitar semula yang dimainkan seterunya hanya untuk menjejaskan kredibiliti beliau.

Menteri Kesihatan itu menegaskan, dakwaan berkenaan tidak berasas apatah lagi sudah dijelaskan menerusi platform terbaik di Dewan Rakyat dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Sabtu lalu, Ramanan mendakwa Khairy masih gagal menjelaskan kontroversi ECM Libra dan sering mengelak menyentuh isu tersebut.

Kontoversi itu muncul apabila ECM Libra dibenarkan bergabung dengan syarikat kerajaan Avenue Capital, tidak lama selepas Khairy membeli sahamnya.

Isu tersebut telah disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan pada akhirnya saham-saham tersebut dijual.

Namun, Khairy mencabar supaya membuat tuduhan itu supaya dia dapat menyaman pihak yang menuduhnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast