Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap kepada media selepas Majlis Ramah Mesra bersama warga Parlimen Ayer Hitam sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Balora Suria, Jalan Ros, Ayer Hitam, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2022.

BATU PAHAT – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui kredibiliti calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin untuk menjadi Perdana Menteri suatu masa nanti.

Menurut Ismail Sabri, ia  tidak mustahil ianya berlaku sekiranya Khairy mendapat sokongan penuh daripada semua pihak.

“Memang dia (Khairy) layak untuk jadi PM akan datang.

“Kalau kita (BN)  menang dalam pilihan raya umum dan dapat sokongan daripada parti, KJ salah seorang yang layak untuk diangkat jadi Perdana Menteri satu masa nanti.

“Dia bukan kata sekarang…akan datang dan dia memang layak untuk menjadi PM akan datang,” ulas Ismail Sabri mengenai kenyataan Khairy yang bercita-cita untuk menerajui UMNO, seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu, hadir dalam satu majlis di Parlimen Ayer Hitam, bagi memberi sokongan kepada calon BN, Datuk Seri Wee Ka Siong di Ayer Hitam.

Program turut dihadiri Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. – MalaysiaGazette

Saya nak pimpin UMNO, jadi PM, tapi bukan sekarang – KJ