Datuk Zulkarnain Mahdar
Zulkarnain Mahdar. foto IQBAL BASRI, 17 OGOS 2017

KUALA LUMPUR – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) akan kekal fokus membantu Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, tindakan pihak tentu yang menceroboh e-mel dan menggodam telefon milik beliau tidak akan mengubah pendiriannya untuk memenangkan BN dan GRS di Sabah.

“Sejak pagi tadi rakan-rakan dikejutkan dengan berita kononnya saya telah menyertai parti lain dan telah penyerang BN.

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya tidak menyertai mana-mana parti politik dan kekal aktif di dalam badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya dan jentera G57 akan kekal fokus membantu BN dan GRS untuk menang pada PRU15 kali ini,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Terdahulu Zulkarnain membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling kerana e-mel dan telefonnya diceroboh serta digodam pihak tertentu.

Mengulas lanjut, desas desus behawa beliau menyertai parti lain dan menyerang BN adalah fitnah semata-mata susulan tindakannya sebelum ini tidak disenangi pemimpin parti Warisan.

“Ini adalah fitnah kali kedua ke atas saya, sebelum ini semasa membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkaitan isu minyak jenama BESS yang telah mengalami kerugian.

“Mesej turut ditularkan kononnya saya akan membuat laporan ke atas Ketua Menteri Sabah dan bukannya Shafie Apdal,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast