Presiden Indonesia Joko Widodo gesa keganasan di Myanmar diakhiri. Foto: FB Jokowi

JAKARTA- Presiden Indonesia, Joko Widodo menggariskan enam perkara penting berhubung krisis di Myanmar termasuk mengakhiri keganasan di negara itu.

Jokowi berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan Biro Sekretariat Akhbar Presiden sempena sesi di Sidang Kemuncak Asean ke-41 di Phnom Penh, Kemboja, hari ini.

Antara yang diberi penekanan adalah pelaksanaan 5PC yang sepatutnya kekal sebagai rujukan utama ASEAN dalam membantu Myanmar keluar daripda kemelut politiknya.

Selain itu, beliau menegaskan, ketika ini bantuan kemanusiaan menjadi lebih penting bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban akibat krisis politik di Myanmar.- Agensi