Pengerusi Barisan Nasional yang juga calon BN P.075 Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media selepas hadir ke majlis ramah mesra bersama masyarakat Telegu sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kuil Sri Venkateswara Parit 6, Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 13 NOVEMBER 2022.

BAGAN DATOK – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Amah merupakan seorang pemimpin yang berintegriti.

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata, Anifah juga merupakan seorang yang berpengalaman dalam arena antatabangsa.

Menurut Ahmad Zahid, Anifah yang merupakan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) juga adalah aset kepada negara.

“Kita lihat, insya-Allah apabila tiba masanya kerana beliau mempunyai pengalaman yang berintergriti tinggi sebagai menteri luar selama sembilan tahun tentu beliau merupakan aset kepada nengara.

“Insya-Allah beliau dapat memberikan sumbangan yang baik untuk negara apabila tiba masanya,” kata Ahmad Zahid kepada media.

Beliau ditemui selepas hadir dalam program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Telegu di Kuil Sri Venkateswara di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas laporan media hari ini bahawa Anifah mendakwa beliau ditawarkan jawatan senator dan menteri.

Ia sebagai balasan Anifah tidak bertanding di Parlimen itu bagi memberi laluan kepada calon UMNO.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, kira-kira 40 peratus pengundi berketurunan India telah kembali kepada BN.

Menurut beliau, pelbagai pemimpin parti-parti politik India dan NGO India datang ke Bagan Datuk untuk memberi sokongan kepada BN.

“Mereka mempunyai satu komitmen bahawa calon-calon BN harus di dokong dan sebagaimana saya nyatakan pengundi india telah berbalik kepada BN.

“Kini ditahap 35 peratus hingga 40 peratus, saya harap ini akan meningkat dengan usaha-usaha pemimpin masyarakat India daripada pelbagai parti politik, sangat komitend dengan BN.

“Anak-anak muda India yakin kali ini akan undi BN. Ini merupakan gelombang baru kepada BN,” kata Ahmad Zahid.

Beberapa pemimpin berketurunan India yaang dahulu bersama Pakatan Harapan berada di Bagan Datuk untuk membantu BN.

Ini termasuk bekas ahli Parlimen PKR Datuk Seri Dr Santhara Kumar dan bekas Menteri Perpaduan P Waytha Moorthy.-MalaysiaGazette