Calon Barisan Nasional P.122 Seputeh, Lee Kah Hing sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Taman Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 13 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Seputeh, Lee Kah Hing mengakui kawasan bandar merupakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH).

Namun beliau tetap berusaha kuat untuk menawan hati pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini

Katanya, langkah itu mampu memberi kelebihan kepada beliau dalam memberi saingan kepada penyandang kerusi Parliemn Seputeh, Teresa Kok daripada DAP.

Beliau yang merupakan calon daripada MCA memberitahu, sekiranya kalah sekali pun, BN telah membuktikan parti itu telah berusaha kuat sepanjang kempen PRU15.

“Seputeh memang kubu kuat DAP dan Teresa Kok sudah berada di sini sejak 23 tahun lalu, tetapi kalau kita kalah pun, kita telah berusaha dan akan terus menjaga kebajikan

“Ini kerana ramai penduduk yang sering datang jumpa saya memohon bantuan di mana isu terkini penjaja tiada lesean DBKL untuk meniaga dan masalah longkang tersumbat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program riadah pagi di Taman Bukit Jalil di sini hari ini.

Calon Barisan Nasional P.122 Seputeh, Lee Kah Hing meluangkan masa bersenamrobik bersama sebahagian orang ramai ketika berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Taman Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 13 NOVEMBER 2022.

Pada PRU15, selain Teresa, Kah Hin juga akan berdepan saingan calon Perikatan Nasional, Wong Yee Yeng dan dua calon Bebas, Choy San Yeh dan Lee Wai Hong.

Teresa menang dengan majoriti 56,059 pada PRU14.

Pada pilihan raya kali ini, Parlimen Seputeh memiliki 124,805 pengundi berdaftar.

Mengulas lanjut, Kah Hing menambah, MCA perlu bangkit untuk membuktikan parti itu mampu menang di kawasan bandar dan bukan sekadar bertanding sahaja.

Namun jelas beliau, strategi tepat diperlukan dalam usaha memenangi hati pengundi bandar yang majoriti kaum Cina.

“MCA sentiasa berusaha dan saya berada di sini selama 29 tahun sejak 1993. Saya yakin MCA mampu bangkit dan menunjukkan kepada orang Cina dan rakyat Malaysia bahawa parti boleh menang di bandar apabila ada strategi yang tepat.

“Sebab itu pada kempen PRU15, saya lebih mengutamakan media baharu dan digital untuk memperkenalkan calon kepada pengundi.

“Malah aku janji saya turut mengutamakan kredibiliti, gaya hidup dan kebahagian kepada masyarakat di Seputeh,” katanya. – MalaysiaGazette

Calon Barisan Nasional P.122 Seputeh, Lee Kah Hing beramah mesra bersama orang awam ketika meluangkan masa bersenamrobik sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Taman Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 13 NOVEMBER 2022.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast