Perang bendera antara parti yang bertanding kian hangat apabila kibarannya mula menghiasi di sekitar jalan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Gugusan Manjoi, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 07 NOVEMBER 2022.

RAKYAT Malaysia berada di dalam kekeliruan setiap kali kenyataan dikeluarkan oleh Rafizi, dengar sahaja berkenaan dengan projek mega, Rafizi akan tampil untuk membongkarkan perkara ini, ibarat semua projek yang dijalankan di dalam negara ini akan disalah gunakan demi keuntuntungan individu tertentu.

Pada ceramah Ayuh Malaysia, Rafizi dengan terang berkata sekira beliau dapat menjagakerajaan, tidak akan mengadakan pProjek mega kerana ianya akan menguntungkan satu pihak, beliau akan melaksanakan projek-projek kecil agar rakyat kebanyakan mendapat manfaat.

Walaupun semasa PH memerintah, ada projek direct award dilaksanakan, ianya berlaku kerana dibenarkan oleh prosedur kewangan, namun ketika itu tidak salah, ianya halal dan dibenarkan oleh Rafizi. Projek-projek ini juga bukanlah berjumlah kecil, melibatkan ratusan juta.

Hari ini, ramai rakyat hidup dengan kegusaran kerana perubahan cuaca dunia yang telah menyebabkan taburan hujan yang banyak, ianya telah mengagalkan sistem peparitan di kebanyakan kawasan dan menyebabkan sistem yang sedia ada tidak dapat menampung air hujan menyebabkan banjir.

Banyak negara-negara dunia hari ini sedang menghadapi krisis Cuaca Dunia yang telah menyebabkan bandar-bandar besar banjir, Conpehegen, London, Karachi, Seoul antaranya telah banjir besar dan merosakkan harta berbilion dollar.

Sistem tebatan bBanjir sedang rancak dirancang oleh kebanyakkan negara-negara besar, ianya untuk menyelamatkan rakyat dari kehilangan nyawa dan harta bendar dan ini melibatkan berbilion dolar setiap negara.

Saya menulis ini demi kepentingan rakyat Malaysia, bayangkan kita mempunyai kerajaan yang tidak tahu untuk meletakkan keutamaan kepada nyawa dan harta rakyat, yang mereka tahu hanya untuk menggunakan apa sahaja modal untuk meghasut.

Kerajaan telah meluluskan anggaran bajet untuk sistem ini sebanyak RM16 bilion, memang ianya satu angka yang besar, dan ianya menurut keperluaan rakyat demi menjaga harta rakyat dan negara serta nyawa manusia.

Sekiranya PH memerintah, ianya tidak akan dilaksanakan, kepentingan keutmaan ini akan di letak tepi, dan PH akan terus bertelagah untuk menentukan proses kewangan sepanjang lima5 tahun mereka memerintah.

Ini telah berlaku sewaktu mereka memerintah negara, Kabinet bergaduh berkenaan hala tuju pembanggunan negara, projek-projek dibatalkan, malah yang baru tidak dapat dilaksanakan kerana dah termakan kata mereka semasa berkempen.

Rafizi menghasut rakyat berkenaan projek penyelesaian isu banjir, di sebelah lain, PH memarahi kerajaan kerana banjir, mengkritik kerajaan kerana sistem peparitan manakala rakyat pula mendesak untuk keluar dari masalah banjir. Inilah kekeliruan yang ditimbulkan setiap waktu oleh Rafizi dan PH.

Rakyat kena memilih dan menilai, kemajuan negara adalah kepentingan semua, pembanggunan negara adalah kepentingan semua, dan semua ini memerlukan pelaburan Negara berbillion demi mewujudkan prasarana yang baik serta ekosistem sosial maju.

Semoga rakyat semua terhindar dari pemikiran hasutan dan rakyat perlu menilai dengan akal dan bukan emosi, menghasut adalah perkara yang mudah.

Datuk Mohd Razlan Rafii