Calon Barisan Nasional P.086 Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berucap pada Sambutan Ulangtahun UMNO ke-43 Cawangan Kampung Sentosa sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Maran, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2022.

MARAN – Sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) di sini semakin meningkat terutama golongan muda.

Calon BN Parlimen Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, ia dapat dilihat apabila sekumpulan 20 ahli Armada dari Bersatu telah menyokongnya semalam.

“Saya juga terkejut apabila ada ahli Armada masuk BN kerana mereka hilang kepercayaan terhadap PN (Perikatan Nasional).

“Mereka yakin atas kepimpinan saya dan kini mereka bersama BN dan calon-calon ADUN dari BN. Alhamdulilah sokongan anak muda kepada Maran semakin meningkat,” ujarnya.

Calon Barisan Nasional P.086 Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin bergambar pada Sambutan Ulangtahun UMNO ke-43 Cawangan Kampung Sentosa sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Maran, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2022.

Ditanya mengenai suasana panas kerana beliau ditentang oleh penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Muttalib yang kini mewakili PN, Shahaniza tetap yakin kemenangan berpihak kepadanya.

“Beliau (Ismail) menang Parlimen dulu atas tiket BN dan panas macamana di sini mungkin semangat membara kami untuk menang kembali dengan undi lebih besar,” katanya.

Parlimen Maran sebelum ini dikatakan agak panas sehingga sokongan terhadap BN didapati semakin menurun gara-gara Ismail berpaling tadah selepas tidak dicalonkan.- MalaysiaGazette