Terowong Smart

KUALA LUMPUR – Pusat kawalan banjir terowong lebuh raya SMART (SMART SCC) berjaya menangani risiko banjir dengan mengawal aliran air ke pusat bandar raya, susulan hujan lebat sejak 11 malam tadi hingga 5 pagi ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan hari ini berkata, SMART SCC telah mengurangkan aliran air sebanyak 256.16 meter padu per saat kepada hanya 10 meter padu per saat.

Menurut kenyataan itu, pusat berkenaan telah mengaktifkan operasi banjir kepada mode dua pada 1.28 pagi apabila aliran air di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Ampang mencapai 70 meter padu per saat.

“Seterusnya operasi turut diaktifkan untuk mode tiga pada pukul 2.08 pagi setelah aliran air di pertemuan di Sungai Klang dan Sungai Ampang mencapai 150 meter padu per saat.

“Semasa operasi mode ini, proses penyuraian dan penutupan terowong trafik dilaksanakan oleh Pusat Kawalan Trafik SMART (SMART MCC),” menurut kenyataan itu.

Terowong itu dibuka semula pada 5.27 pagi.

Menurut JPS sepanjang operasi tersebut lebih 1 juta meter padu air dilencongkan dari Sungai Klang dan Sungai Ampang ke Kolam Takungan Berembang. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast