Kamarul Zaman Mamat menunjukkan jari berdakwat selepas mengundi awal di Ibu Pejabat Kontijen Polis Johor, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Dewan Dato’ Onn, di sini, sejak pukul 8 pagi tadi berjalan lancar.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati anggota polis datang sewal pukul 7 pagi untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, seramai 11,544 pegawai dan anggota polis di negeri ini akan mengundi awal dan daripada jumlah itu dan 1,395 anggota akan mengundi di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor.

“Seramai 727 pegawai dan anggota Polis Johor sudah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mengundi secara pos pada Sabtu di Ibu Pejabat Polis Daerah dan formasi mengikut kaedah yang ditetapkan.

“Kita telah menetapkan masa kepada anggota dan pegawai kita untuk pergi mengundi jadi proses mengundi dan tugasan dapat di jalankan sebaiknya” katanya.  – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast