KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal RM3.95, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 17 November 2022 hingga 23 November 2022.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette