KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) yang diramal menguasai 35% keputusan undi pada Pilihan Raya Ke-15 pada Sabtu ini dan angka itu tidak dominan.
Manakala Perikatan Nasional (PN) pula menguasai 20% undi dan Barisan Nasional (BN) 17%, menurut tinjauan terbaharu daripada YouGov.
Ketua Hal Ehwal Awam dan Pengundian Asia Pasifik YouGov, Dr Campbell White, berkata, walaupun PH berkemungkinan menunjukkan prestasi baik di kawasan bandar namun bilangan pengundi luar bandar yang diperoleh jauh lebih rendah.
Berbanding BN dan PN berkemungkinan menunjukkan prestasi yang baik bermakna kedudukan Parlimen akan menjadi sangat kompleks.”
“Itu belum lagi mengambil kira negeri Sabah dan Sarawak, yang mana gabungan tempatan yang telah berpecah daripada BN pada penggal lalu boleh mencapai prestasi yang baik dari segi kerusi dengan bahagian undi nasional yang agak kecil.
Risiko bagi PN dan BN ialah undi konservatif, majoriti Bumiputera akan berpecah di Semenanjung Malaysia, di bawah sistem ‘first-past-the-post’.”
Bagi pandangan terhadap figura politik, Tan Sri Muhyiddin Yassin nampaknya menerima tanggapan terbaik, dengan satu daripada tiga (33%) berasa positif terhadapnya.
Beliau mendahului Datuk Seri Anwar dengan perbezaan tipis (29%).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula kurang popular berbanding lawan utamanya memperoleh 22% pandangan positif dan 30% negatif.
Tan Sri Abdul Hadi Awang pula (16%) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (14%), dengan sebahagian besar pengundi yang mempunyai tanggapan negatif terhadap mereka (44%).
Pengundi juga ditanya tentang isu yang paling penting dalam pilihan raya ini.
Menurut mereka, kos sara hidup mendominasi, dengan kedua-dua peningkatan kos barangan dan perkhidmatan serta kedudukan pendapatan yang tinggi.
Kenaikan kos barangan dan perkhidmatan menjadi yang tertinggi (51%), diikuti oleh integriti kerajaan (38%).
Kedua-dua isu ini menjadi pertimbangan yang lebih besar dalam kalangan pengundi tua yang berumur 50 tahun ke atas (60% untuk kenaikan kos barangan dan perkhidmatan; 51% untuk integriti kerajaan).
Pendapatan adalah topik ketiga paling penting (37%), dan lebih utama dalam kalangan pengundi muda berumur antara 18-34 (47%).
Hampir tiga daripada 10 pengundi mengutamakan kestabilan (28%), manakala satu daripada lima memegang perlindungan hak Bumiputera secara tinggi (22%).
Pendidikan, pekerjaan, ketidaksamaan pendapatan, mengurangkan diskriminasi, penjagaan kesihatan, kesesuaian calon dan kemampuan perumahan menjadi jalan tengah, manakala isu alam sekitar, kebebasan peribadi dan jenayah kurang dibimbangkan pada masa ini dengan 5.0% setiap satu.
Kebanyakan pengundi berkata, mereka telah mengikuti berita tentang pilihan raya sekurang-kurangnya sedikit (93%), dengan sumber berita politik paling popular ialah Facebook (57%).
Kebanyakan pengundi juga merujuk kepada televisyen (56%).
Separuh bergantung pada perbualan dengan rakan dan keluarga (50%), manakala lebih sedikit menggunakan laman rangkaian sosial lain (44%).
Sementara it, dua dalam lima mendapat berita mereka daripada akhbar, sama ada bercetak atau dalam talian (39%), atau laman web berita lain yang tidak dikaitkan dengan mana-mana akhbar khususnya (37%).
Satu lagi daripada lima lagi mengakses Twitter untuk berita politik mereka (22%).
Dapatan ini hasil temubual YouGov dengan 2,687 warga Malaysia pada 8 hingga 14 November. – MalaysiaGazette