KUALA LUMPUR – Program pemberian minyak percuma sentiasa mendapat sambutan baik apabila barisan panjang motosikal menunggu giliran di stesen minyak.
Pada kebiasaan, penganjur akan mengisikan minyak namun pada program pemberian minyak percuma di sebuah stesen minyak di Jalan Sentul, di sini, menjadi tanda tanda kepada penunggang motosikal siapa yang membiayai program tersebut.
Pada mulanya program itu disangkakan anjuran Barisan Nasional (BN) Bahagian Batu kerana memuatnaik poster program tersebut di laman media sosial, namin ia dinafikan.
Pada poster tersebut tertera nama calon BN Parlimen Batu, Datuk Kohilan Pillay sebagai pengisian kempen pilihan rayanya pada hari ini namun Naib Presiden MIC turut menafikannya.
Kohilan berkata, program berkenaan tiada kaitan dengan beliau mahupun Pemuda BN Batu dan hanya menyedari poster program berkenaan sejam sebelum ia bermula.
“Saya tidak tahu menahu mengenai program itu dan tak pasti siapa sebenarnya penaja kepada program berkenaan.
“Saya juga tak pasti siapa mencetak Petrol Percuma bersama Cikgu Kohilan ’09’ dalam poster tersebut,” katanya.-MalaysiaGazette