Tiket funikular itu percuma untuk pengundi berdaftar di pusat peranginan tersebut.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memberikan tiket funikular dua hala secara percuma kepada penduduk yang mengundi di bukit peranginan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

PBBPP dalam satu kenyataan media berkata, Dataran Stesen Atas Bukit Bendera itu akan menjadi satu daripada saluran pusat membuang undi dalam Parlimen berkenaan.

Pusat mengundi itu terletak di bahagian atas pusat peranginan tersebut.

“Tiket itu hanya akan diberikan kepada pengundi yang berdaftar di Dataran Stesen Atas Bukit Bendera.

“Pengundi berdaftar perlu mengesahkan identiti mereka di Kaunter Info Pengundi yang terletak di Stesen Bawah Bukit Bendera bagi mendapatkan tiket tersebut,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, perkhidmatan kerusi roda turut disediakan di kaunter bagi kemudahan bersama.

Khidmat kerusi roda turut disediakan kepada pengundi.

Bagi maklumat lanjut mengenai perkhidmatan funikular boleh layari https://penanghill.gov.my/index.php/en/tickets. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast