Ali Biju Krian state assembly Sarawak state election polls
Ali Biju

KUALA LUMPUR – Datuk Ali Biju mengesahkan beliau memenangi kerusi Parlimen Saratok malam tadi.

Beliau yang mewakili Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi dengan memperoleh sebanyak 19,223 undi dengan majoriti sebanyak 8,826.

“Saya bersyukur kerana kesabaran saya untuk menarik diri dalam PRN Sarawak telah dibalas dengan sokongan yang bertambah.

“Terima kasih kepada pengundi yang memahami tindakan tindakan saya selama ini. Saya berikrar akan menggalas tugas ini dengan penuh amanah bagi semua rakyat,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Pencabarnya iaitu calon Gabungan Parti Sarawak, Giendam Jonathan Tait meraih sebanyak 10,397 undi manakala calon Pakatan Harapan, Ibil Jaya mencatat 1,221 undi.

Parlimen tersebut merekodkan sebanyak 69.26 peratus pemilih keluar mengundi bersamaan dengan 30,841 pengundi. – MalaysiaGazette