Abdul Ghani Salleh

KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menggantung pengundian di 11 pusat mengundi di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.220 Baram kerana keadaan cuaca yang tidak baik serta menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan
air.

Pusat tersebut di Sekolah Kebangsaan Long Naah (Saluran 1 & 2); Sekolah Kebangsaan Long Luteng (Saluran 2); RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah Saluran (1 & 2) dan Sekolah Kebangsaan Long Sait (Saluran 2).

Sekolah Kebangsaan Long Tungan Saluran (1 & 2); Sekolah Kebangsaan Long Moh Saluran (1 & 2); Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (Saluran 1); Sekolah Kebangsaan Long Jekitan Saluran (1 & 2); Sekolah Kebangsaan Long Lamei (Saluran 2); Sekolah Kebangsaan Lio Mato Saluran (1 & 2) dan Sekolah Kebangsaan Long Banga Saluran (1 & 2).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani berkata, tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast