Orang ramai beratur panjang untuk menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Tambun, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 19 NOVEMBER 2022.

IPOH – Hampir separuh daripada 2,005,362 juta pengundi biasa di Perak keluar mengundi sehingga pukul 1 petang tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, selama lima jam pusat pengundian dibuka sejak pukul 8 pagi tadi seramai 49.59 peratus pengundi biasa telah keluar mengundi.

Pusat pengundian dibuka sehingga pukul 6 petang hari ini.-MalaysiaGazette