Datuk Seri Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meninggalkan jauh pencabar-pencabarnya di kerusi Parlimen Sembrong dengan majoriti besar 10,880 undi.

Setakat pukul 10.37 malam, beliau memperoleh 22,572 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH) diwakili Hasni Abas dari PKR mendapat 11,692 undi.

Seorang lagi pencabar beliau dari parti Perikatan Nasional (PN), Aziz Ismail hanya memperoleh 6,666 undi. – MalaysiaGazette