Ahmad Faizal Azumu

IPOH –  Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului di Parlimen Tambun.

Kiraan tidak rasmi menunjukkan calon Perikatan Nasional (PN) itu memperoleh 2,652 undi selepas 12 saluran dikira setakat jam 7.30 petang.

Calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mendapat undian sebanyak 1,237 undi,

Sementara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Harapan (PH) hanya mendapat 321 undi.

Calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir ketika ini mendapat sebanyak 32 undi.-MalaysiaGazette