Lelaki Bangladesh yang memandu lawann arus untuk mengelak kenderaan yang membawa muatan rokok seludup diperiksa polis di SJR berjaya diberkas semalam.Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Polis menutup dan melencongkan beberapa laluan berhampiran Istana Negara bermula 7 malam ini hingga diberitahu kelak.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, lencongan jalan dilaksanakan di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) dari Kuala Lumpur menghala keluar ibu negara (Plaza Tol Duta) dan penutupan jalan dari susur masuk dari Pusat Bandaraya; susur masuk Jalan Tuanku Abdul Halim ke Jalan Semantan; Jalan Semantan ke Jalan Tuanku Abdul Halim dan susur masuk dari Jalan Semantan ke Jalan Changkat Semantan.

“Penutupan dan lencongan ini bertujuan untuk kelancaran proses Pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Pengguna jalan raya sekitar Kuala Lumpur dinasihatkan merancang semula perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau tersangkut dalam lencongan berikutan penutupan jalan.

“Pengguna jalan raya juga diminta mematuhi segala arahan daripada pihak polis bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA