Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR – Polis menahan lima individu melibatkan tiga lelaki dan dua wanita berusia 48 hingga 70 tahun bagi membantu siasatan kes melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH), semalam.

Pengarah Jabatan Siastaan Jenayah Komersil, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, tangkapan melibatkan bekas Pengerusi TH,, bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH, bekas Ketua Pegawai Kewangan TH, serta kakitangan yang masih berkhidmat dengan entiti itu.

Katanya, tiga daripada individu terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pembayaran hibah pada tahun 2017.

Manakala dua lagi ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/09/09/azeez-rahim-direman-dua-hari-bantu-siasatan-kes-tipu-hibah-th/

Menurut beliau, tiga individu direman dua hari bermula hari hingga esok, manakala dua lagi yang terlibat dalam siasatan di bawah AMLA dibenarkan reman selama tiga hari sehingga 11 September 2026.

“Siasatan masih diteruskan.

“PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan. sebarang kenyataan atau penyebaran maklumat yang tidak berasaskan fakta bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah berpotensi menjejaskan proses siasatan.

“Sehubungan itu, orang ramai diseru agar mendapatkan maklumat hanya daripada saluran rasmi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. -MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here