KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di empat negeri sehingga 10 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan, memaklumkan antara negeri terbabit adalah Pulau Pinang membabitkan daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara.
Di Selangor pula merangkumi kawasan Kuala Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan membabitkan Port Dickson serta Melaka di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah. – BERNAMA