Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein tetap dengan pendirian tidak mahu Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Bendahari Agung BN yang baru sahaja mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Sembrong dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berkata demikian dalam satu kenyataan awal pagi ini.

“Rakyat telah membuat pilihan mereka dalam PRU15 dan ia harus kita hormati serta insafi. Jelas, tiada satu parti pun berupaya membentuk kerajaan. Parlimen kini tergantung.

“Yang paling penting, negara dan rakyat memerlukan kerajaan yang stabil dalam melangkah ke hadapan,” katanya lagi.

Menurut Hishammuddin, BN mesti bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.