Bantuan Wang Ihsan flood victims
Mohd Zuki Ali

KUALA LUMPUR- Anggota perkhidmatan awam akan terus komited mendukung konsep berkecuali (neutrality) dan kerajaan hari ini (government of the day) berteraskan kedaulatan undang-undang.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, mendepani situasi semasa, beliau memberi jaminan penjawat awam akan terus menyempurnakan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.

Tambah beliau, anggota perkhidmatan awam juga akan memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan pemegang taruh tidak akan terjejas.

“Anggota perkhidmatan awam sentiasa siap sedia dan berpegang teguh kepada prinsip dan ikrar Perkhidmatan Awam demi rakyat dan negara yang dicintai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Zuki juga menjunjung kasih di atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah berhubung pembentukan kerajaan Persekutuan pasca PRU15.- MalaysiaGazette