KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menghadapi fasa pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan tempoh pembentukan kerajaan baharu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagi tujuan itu, semua elemen telah digerakkan untuk memastikan ketenteraman awam terus terjamin.
“PDRM mendapati proses pembuangan undi bagi PRU15 telah berlangsung dengan lancar.
“PDRM menyeru dalam tempoh pasca PRU15 ini, tiada mana-mana pihak cuba menimbulkan perkara-perkara yang boleh menggangu gugat keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Acryl Sani berkata, PDRM akan mengambil tindakan tegas bagi menangani tindakan mana-mana pihak yang dikesan cuba mengancam tahap keselamatan negara.
PRU15 semalam menyaksikan tiada mana-mana parti yang mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pusat bersendirian.
Perikatan Nasional (PN) memperoleh 73 kerusi manakala Barisan Nasional mendapat 30 kerusi Parlimen sahaja.
Proses rundingan sedang diteruskan antara PN dengan Gabungan Parti Sarawak untuk membentuk kerajaan Pusat.-MalaysiaGazette