Sembilan calon daripada PN dan BN tidak hilang deposit walaupun PH menang di enam kerusi Parlimen negeri itu.

GEORGE TOWN – Meskipun Pakatan Harapan (PH) memenangi 10 kerusi Parlimen di negeri ini namun sembilan pesaing daripada enam Parlimen itu berjaya mendapatkan semula wang deposit.

Enam kerusi Parlimen itu membabitkan Bayan Baru, Jelutong, Batu Kawan, Bukit Mertajam, Balik Pulau serta Nibong Tebal.

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), enam colon daripada Perikatan Nasional (PN) manakala tiga daripada Barisan Nasional di enam kerusi itu hanya ditewaskan namun tidak hilang wang pertaruhan.

Kerusi Parlimen Bayan Baru menyaksikan calon muka baru BN (Saw Yee Fung daripada MCA) memperoleh undi sebanyak 13,377 manakala PN (Oh Tong Keong – Gerakan) 20,307 undi.

Bagi kerusi Balik Pulau, calon muka baru baru PN (Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid daripada Bersatu) mendapat 22,982 undi manakala calon BN (Datuk Shah Headan Ayoob Shah – UMNO) 15,478 undi.

Keadaan itu sama bagi Parlimen Nibong Tebal apabila calon Friends Of BN, Datuk Seri R.S.Thanenthiran mendapat undian sebanyak 10,660 manakala penyandang kerusi, Datuk Mansor Othman daripada Bersatu memperoleh 25,895 undi.

Sementara itu, bagi Parlimen Jelutong, calon PN (Datuk Baljit Singh – Gerakan) berjaya mendapat 11,765 undi.

Selain itu,  Wong Chia Zhen calon PN mewakili Gerakan juga dilaporkan tidak hilang deposit walaupun persaingnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow apabila berjaya mendapat 10,344 undi.

Terakhir, calon PN bagi kerusi Parlimen Bukit Mertajam, Steven Koh yang mewakili Dewan Himpunan Penyokong Pas (PHDPP) atas tiket Pas berjaya meraih undi sebanyak 14,037. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast