KUALA LUMPUR – Keputusan Piliham Raya Umum Ke-15 baru-baru ini menunjukkan Malaysia berpecah.
”Ada persahabatan yang terputus sepanjang kempen. Ada keluarga yang bertengkar sesama diri.
”Ibu bapa dengan anak-anak, anak saudara dengan pakcik makcik, kawan baik berpuluh tahun kini tidak bercakap.
”Jangan. Hentikanlah. Please stop it,” kata pentadbir Facebook Najib Razak sambil meminta semua bersama semula sebagai sahabat dan keluarga.
Ini kerana, katanya, kita 1Malaysia dan isu-isu politik perlu diketepikan semula.
”Nak bina parti, nak kukuhkan kawasan, nak fikir PRU16 semua letak tepi dulu, siapa lebih power, aku nak ini, kau nak itu.
”Ada masa untuk kita berpolitik, berbahas, berbalah, berebut.
”There is a time for this but it is NOT NOW (Ada nasa kita berpolitik tetapi bukan sekarang,” ujarnya.
Sekarang adalah masa semua pihak duduk dan memikirkan masa depan negara.
“Apa yang kita mahu Malaysia. Ke mana kita?
”Apakah masa depan dan hala tuju yang kita mahukan? Untuk Malaysia, untuk anak-anak Malaysia,” tambahnya. – MalaysiaGazette