GEORGE TOWN – Sebarang keputusan yang dibuat kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan disokong DAP termasuk soal pembentukan kerajaan Persekutuan bersama Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata, ia susulan DAP adalah sebahagian daripada PH.

“Saya tak mahu cakap lebih daripada itu kerana ia adalah keputusan yang kita ambil bersama, bukan saja dalam mesyuarat CEC (Jawatankuasa Tertinggi Pusat).

“Kita sebahagian daripada PH, jika ada gabungan bersama BN yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi PH, maka kita sokong,” katanya hari ini.

Terdahulu, Guan Eng menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Ketika ditanya sama ada beliau telah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi PH berhubung pembentukan kerajaan, Guan Eng enggan mengulas lanjut.

“Saya baru sampai dari Kuala Lumpur dan bergegas ke sini untuk menghadiri pembentangan bajet,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, semua keputusan yang diambil untuk membentuk Kerajaan Pusat tertakluk kepada keputusan parti.

“Setelah keputusan pilihanraya tidak mewujudkan pembentukan sebuah kerajaan. Jadi pelbagai usaha dilakukan.

“Bagaimanapun, semua tertakluk kepada keputusan parti. Semua perlu ikut keputusan parti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kerana tidak ISTIQAMAH dengan pendirian akar umbi NO ANWAR NO DAP, UMNO diramalkan akan mereput di Perak dan Pahang dan kemungkinan akan pupus di Perlis, Kedah, Kelantan, Trengganu dan semua negeri lain. Ini hanyalah ramalan sahaja… kah..kah…kah…

  2. UMNO jika menyokong PN, maka UMNO akan berkubur ditelan PAS dan PPBM. Muhyidin akan menipu dan menikam UMNO sebagaimana yg pernah dia lakukan sebelum ini ketika UMNO menyokong beliau sebagai PM. Kerajaan yg dikendalikan oleh golongan exterisme agama akan menjadikan orang bukan Islam dipinggirkan..jgn biarkan Malaysia menjadi seperti Taliban

Comments are closed.