KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelmarin menunjukkan negara dalam keadaan berpecah.
Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, ada persahabatan yang terputus sepanjang kempen dan ada keluarga yang bertengkar sesama diri.
Menurut beliau, ibu bapa dengan anak-anak, anak saudara dengan pakcik makcik serta kawan baik berpuluh tahun kini tidak bercakap.
“Jangan. Hentikanlah. Please stop it. Bersama semula sebagai sahabat dan keluarga.
“Come together again, as friends and family. Kita 1Malaysia. We are all 1Malaysia.
“Isu politik juga tolonglah ketepikan dulu,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Pentadbir laman Facebook Najib Razak menambah, semua pihak seharusnya mengetepikan dahulu politik ketika ini.
Sebaliknya, beliau memberitahu, tumpuan perlu diberikan terhadap masa depan negara.
“Ada masa untuk kita berpolitik, berbahas, berbalah, berebut. Ada masanya untuk itu tetapi bukan sekarang.
“Nak bina parti, nak kukuhkan kawasan, nak fikir PRU-16 semua letak tepi dulu, siapa lebih power, aku nak ini, kau nak itu.
“Kini tiba masanya kita duduk dan benar-benar memikirkan masa depan negara,” jelasnya.
Beliau turut bertanya kepada rakyat tentang apa yang mereka mahu untuk negara dan masa depan anak-anak mereka. – MalaysiaGazette
Semua ini berpunca daripada 1MDB. Full stop.