SHAH ALAM – Sokongan mana-mana ahli Parlimen terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tidak menyalahi Akta Lompat Parti.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menjelaskan, ahli-ahli Parlimen terbabit bertindak secara individu dan mereka tidak keluar daripada parti masing-masing.
“Bukan semua datang daripada BN tapi GPS, GRS, bebas (dan) tindakan itu tidak melanggar peruntukan akta itu kerana mereka tidak keluar daripada parti.
“Tetapi, mereka (bertindak) secara individu, maka ia tidak menyalahi daripada segi akta anti lompat parti,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu, di sini, malam ini.
Muhyiddin mengulas mengenai dakwaan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
Ia susulan laporan media yang mengatakan 29 Ahli Parlimen BN kecuali Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menandatangani SD berkenaan.
Menurut laporan yang memetik sumber itu, SD tersebut dipercayai ditandatangani malam tadi dengan diuruskan ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Tindakan ke semua ahli Parlimen berkenaan didakwa kerana tidak bersetuju dengan pendirian Presiden UMNO yang dipercayai ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.
Terdahulu, Ahmad Zahid dalam kenyataan memaklumkan mana-mana ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen.
Hal tersebut selaras dengan undang-undang larangan Ali Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, ditanya mengenai mesyuarat yang diadakan pada malam ini, Muhyiddin memberitahu, ia adalah taklimat berkaitan keputusan pilihan raya dan pembentukan kerajaan baharu.
“Saya sudah keluarkan kenyataan dah jumpa Premier Sarawak dan Datuk Seri Hajiji mengenai persetujuan beri sokongan kepada Perikatan Nasional.
“Insyaallah esok saya akan dapat mengemukakan beberapa akuan bersumpah kepada mereka-mereka ini bahawa kita sudah mendapat jumlah ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Haaa Muhyidin lupa ahli2 parlimen BN telah menandatangani akujanji sebelum terpilih sebagai calon bahawa sekiranya ada yg tidak patuh kpd presiden maka keahlian dia akan terlepas dari parti. Dan mengikut perlembagaan, sekiranya terlepas dari parti maka dianggap sebagai lompat parti…terdesak sangat ko nak jd PM yer lepas ko maki hamun UMNO, ko nak jilat balik…boleh blaaaah
akujanji yang dibuat kerana ZAHID yakin B end akan sapu BERSIH TETAPI akhirnya kecundang lagi TERUK kali kedua selepas pru14
jangkaan PRU 15 DIBUAT utk selamatkan diri ZAHID dan KLUSTER2 MAHKAMAH akan terlepas jika B end dapat mandat tetapi GAGALL GAGALL
rundingan di sebalik tabir ZAHID memadamkan NO ANWAR NO DAP akan berlaku
munafik ZAHID mengaku video dengan munafik ANWAR
bagaimana pula AKUJANJI…bila ZAHID DAN mp2 UMNO / b end beri SOKONGAN BESAR pada ANWARFIKUN dan P AKATAN HANCING /DAPIGS…..MAKA SEMUANYA AKAN TERLUCUT DAN JADI PENGKHIANAT PULA?????
ZAHID memaklumkan mana-mana ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen.
Umno perlu berpegang teguh kpd hasrat akar umbi NO ANWAR NO DAP! Sudah sekian lama makluk2 ini telah menjadi perosak memfitnah Umno sejak zaman berzaman…