Haslihelmy DM Zulhasli

KUALA LUMPUR – Adalah lebih baik kerajaan negeri Pahang menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) daripada Perikatan Nasional (PN).

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, kerajaan negeri itu seharusnya mencontohi kerajaan negeri Perak yang mana telah membentuk kerajaan mereka bersama PH.

“Kita bersetuju dan menyokong jika episod seperti mana di Perak dilaksanakan di Pahang. Jika ia membabitkan soal kerjasama, saya juga berpandangan adalah lebih mudah dan selesa untuk BN bekerjasama dengan PH berbanding PN.

“PN yang menang 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 16 DUN (BN) tentunya akan demand tinggi sekali gus dibimbangi mencetuskan kestabilan kerajaan negeri yang bakal dibentuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Haslihelmy mengulas teka-teki terhadap kerajaan negeri Pahang yang masih belum dibentuk biar pun sudah tiga hari Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) berlalu.

Malah, beliau berkata, soal sentimen sudah tidak lagi boleh diguna pakai dan rakyat khususnya pengundi perlu menerima sebarang bentuk kerjasama demi kestabilan dan kemakmuran.

“BN Pahang perlu buat keputusan terbaik atas prinsip untuk memastikan rakyat dan negeri ini terus berada dalam keadaan stabil dan makmur seperti mana BN perjuangkan,” katanya.

Pada PRU15 lalu, PN memperoleh 17 kerusi, Dewan Undangan Negeri (DUN) sementara Barisan Nasional (BN) memenangi 16 kerusi manakala PH hanya lapan kerusi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Betul tu..jgn lupa tahun 2008..kerajaan tergantung di Selangor…PAS lebih rela bersama DAP menyebabkan kerajaan BN tumbang…skrg PAS berlagak suci plak

Comments are closed.