KUALA LUMPUR – Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia berharap satu kerajaan yang stabil dapat ditubuhkan dengan segera untuk memastikan kemampanan dan pemulihan industri perhotelan dan pelancongan yang telah terjejas teruk pasca pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar.
Presidennya, Dr Sri Ganesh Michiel berkata, keadaan politik mahupun kerajaan yang kurang stabil akan memberi kesan kepada industri perhotelan dan pelancongan, lebih-lebih lagi ianya merupakan suatu industri yang harus dititikberatkan oleh kerajaan dalam membantu industri ini bertahan dan pulih secara berperingkat.
”Kami berharap supaya kerajaan baharu ini haruslah berkesan dalam menyelesaikan ancaman-ancaman industri perhotelan terutama dalam memperkenalkan suatu rang undang-undang dalam mengawal selia penginapan kediaman jangka pendek (STRA) dan semua jenis Agensi Pelancongan
Atas Talian (OTA).
”Perkara ini telah gagal diselesaikan dan kami mengharapkan supaya kerajaan yang baru pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 merupakan kerajaan yang stabil serta dapat menyelesaikan semua ancaman-ancaman industri ini yang tertangguh sekian lama serta berusaha untuk mendapatkan kembali cukai-cukai yang telah hilang/ketirisan hasil yang berpunca daripada ancaman-ancaman industri yang tersebut di atas,” ujarnya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette