Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendakwa telah bertemu Datuk Seri Saarani Mohamad pada 20 November 2022 (Ahad) di sini.

Pertemuan dengan Menteri Besar Perak yang baru dilantik semula itu turut disertai Setiausaha PN negeri Zainol Fadzi Paharudin.

Menafikan kenyataan Saarani yang PN tidak datang menemuinya menyebabkan beliau menerima tawaran Pakatan Harapan, Peja berkata, tujuan pertemuan tersebut adalah bagi berunding tentang kemungkinan kerjasama PN-BN menubuhkan kerajaan negeri Perak.

“Dalam perjumpaan yang sama beliau juga turut menyatakan hasrat untuk kekal dicadangkan sebagai Menteri Besar Perak dan perkara itu adalah sesuatu yang amat penting.

“Saya juga menyatakan kebimbangan saya dengan keadaan di mana kerajaan negeri Perak belum membentangkan belanjawan negeri untuk tahun 2023 dan kemelut politik mesti dirungkai segera demi kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau mengulas kenyataan Saarani dalam sidang media hari ini bahawa PN tidak memberikan sebarang tawaran menyebabkan beliau bersetuju bekerjasama dengan PH untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Katanya, PN berlapang dada dan terbuka untuk bekerjasama namun Saarani bertegas supaya PN menawarkan tawaran jawatan-jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Saarani juga, kata Peja, memohon untuk merujuk kepada kepimpinan UMNO sebelum membuat apa-apa persetujuan.

“Namun pada hari ini beliau dan kepimpinan UMNO telah menyelamatkan jawatan Menteri Besar yang dipegang sambil menipu perwakilan Perhimpunan Agung yang lalu dengan slogan “No DAP”,” katanya.

Tanggungjawab sebagai Menteri Besar Perak adalah amat besar dan seharusnya sumpah setia jawatan yang dibacakan dengan kalimah suci tidak disusuli dengan penipuan kepada rakyat jelata.

Saarani yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah Kuala Kangsar 5.40 petang tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Parlimen, DUN tergantung adalah proses demokrasi yang perlu diraikan. Ianya bukanlah masalah UMNO. Tak perlulah kecoh2, tergesa2 seperti diPerak bilamana UMNO telah bertanggungjawab tubohkan sebuah kerajaan DAP! Pesan akar umbi adalah lebih mulia dan bermaruah kiranya UMNO menjadi pembangkang, bukan gila kuasa, gila kerusi MB!!! kah..kah..kah…

  2. bila HATI BERKARAT dengan jawatan/pangkat/kuasa/kedudukan/RASUAH/MUNAFIK…inilah wajah UMNOGOK Yang sebenar DULU KINI DAN SELAMANYA…TIBA2 berunding dengan DAPIG PERAK.LALU.PINTU BELAKANG… tanpa bersedia runding dgn P NASIONAL

    PERISTIWA DI PERAK bersidang di bawah POKOK itu juga ANGKARA UMNONGOK dan DAPIGS Yg merampas dari NIZAR ketika itu

    DI DUNIA KAMU SELAMAT…TUNGGU DI MASYAR….. MERAMPAS HAK ORANG

Comments are closed.