Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan Covid-19 ekoran angka positif yang semakin meningkat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Kes kematian akibat Covid-19 di negara ini terus meningkat dengan pertambahan 11 kes semalam.

Angka itu termasuk 11 kes yang meninggal dunia di luar hospital, menjadikan jumlah kematian sejak Mac 2020 sebanyak 36,620, menurut KKMNOW.

Manakala kes jangkitan yang dilaporkan dalam tempoh sama sebanyak 2,513.

Setakat semalam angka kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini sebanyak 4,933,512.

Kes aktif pula sebanyak 27,003 dengan 25,071 menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 1,839 dirawat di hospital manakala 93 di unit rawatan rapi dengan 59 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula 2,643. – MalaysiaGazette