Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 21 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Yang di-Petuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk Istana Negara menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok.

Perbicangan tersebut supaya Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi membolehkan baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat serta negara.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamduddin dalam kenyataan hari ini.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette