KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 24 November hingga 30 November 2022 masih kekal.
Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.95, RON95 ( RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).
Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi
memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette