Foto Instagram Nad Zainal.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Nad Zainal kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di sini akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Berita itu dikongsi rakan baiknya yang juga pelakon, Ungku Ismail Aziz menerusi hantaran di Instagram Story hari ini.

“Assalamualaikum semua. Nad Zainal sedang kritikal sekarang dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala,” tulisnya.

Semalam media, melaporkan Nad dimasukkan ke ICU pusat perubatan berkenaan selepas dibawa dengan ambulans malam kelmarin.

Doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Nad Zainal, 32, merupakan ibu tunggal kepada sepasang cahaya mata. – MalaysiaGazette