Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Siapa Ketua Srikandi Bersatu? Tak ada kerja lain?

Soalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dalam ciapan di laman Twitter.

Soalan itu merujuk kepada laporan polis oleh Srikandi Bersatu terhadap beliau yang didakwa membuat kenyataan menghasut rakyat Sabah dan Sarawak di laman Facebook pada 21 November (Isnin) lalu.

Srikandi dalam kenyataannya mendakwa kenyataan Hannah memberi gambaran wujudnya parti politik yang bermain dengan ketegangan kaum dan agama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Artikel berkaitan:

Kenyataan tersebut juga, menurut Srikandi Bersatu telah menghasut rakyat Sabah dan Sarawak untuk menolak Perikatan Nasional berdasarkan gambar Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang.

”Kenyataan Hannah Yeoh yang bersifat hasutan ini adalah serius dan Srikandi Bersatu Malaysia memohon Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan,” kata Srikandi Bersatu dalam kenyataan tersebut.

Laporan polis Srikandi itu turut mendapat perhatian warganet yang turut bertanya bahagian mana kenyataan Hannah yang dikatakan menghasut dan adakah Srikandi faham bahasa Inggeris ketika membaca hantaran ahli Parlimen Segambut itu.

Rata-rata warganet yang membalas ciapan Hannah terdiri daripada penduduk Sabah dan Sarawak yang mempertahankan kenyataan bekas Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Masyarakat yang disifatkan tidak berunsurkan hasutan.

Srikandi Bersatu mendakwa status Hannah Yeoh ini berbaur hasutan dan minta polis siasat.

—MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.