Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan beliau terlibat dalam sebarang rundingan baik dengan Perikatan Nasional mahu pun Pakatan Harapan.

Dalam kenyataan di media sosial, Bendahari Agung UMNO itu merujuk kepada laporan akhbar berkaitan dakwaan tersebut.

“Ramai menyebarkan artikel ini – saya ingin mengesahkan bahawa dakwaan ini tidak benar sama sekali,” katanya yang turut memuat naik laporan akhbar berkaitan.

Menurut Hishammuddin, selain tidak terlibat dengan sebarang rundingan, beliau juga tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan.

Sehubngan dengan itu beliau meminta akhbar berkenaan menarik semula artikel tersebut serta merta dan tindakan undang-undang akan diambil jika gagal berbuat demikian.

Berikutan kenyataan tersebut, Sinar Harian telah tampil dengan berita bertajuk ‘Laporan Hishammuddin ditawar jawatan PM tidak benar’.  – MalaysiaGazette