KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta semua kekal bertenang dalam mengharungi proses pembentukan kerajaan Persekutuan yang hari ini masuk hari kelima masih tergantung.
Dalam ciapan di laman Twitter, Abdul Hadi berita: “Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan.”
“Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara.”
Beliau mengakhiri ciapan tersebut dengan – Abdul Hadi Awang, Putrajaya. –
Pas yang bersama-sama Bersatu di bawah Perikatan Nasional menolak cadangan Istana Negara supaya diwujudkan kerajaan perpaduan kerana enggan bersama Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette