MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid. derogatory Prophet Muhammad Indians Hindu Hindus Islam Muslims
Mohd Azmi Abdul Hamid.

KUALA LUMPUR – Sikap tidak ambil peduli parti Perikatan Nasional (PN) ke atas cadangan Yang di-Pertuan Agong supaya diwujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu perkara amat mengecewakan.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid mendakwa, apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa PN memiliki sikap kepentingan parti melebihi negara.

“Kami menyeru perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong agar segera menyantuni hal ini untuk mengelak keadaan menjadi lebih rumit akibat rakyat yang kini menghadapi kesusahan disamping ada golongan yang dihasut untuk mencetus ketegangan atas nama agama dan perkauman,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Azmi berkata, bagi rakyat setiap detik yang berlalu akan menyebabkan kerugian berbilion ringgit apabila perbelanjaan dan pelaburan terencat.

Malah katanya, keyakinan pelabur turut akan luntur sekiranya mereka melihat Malaysia dalam keadaan tidak menentu. – MalaysiaGazette