Pengerusi Perkatan Harapan Kedah, Datuk Johari Abdul hadir di Pakatan Harapandi Ibu Pejabat PKR Jalan Gasing, Petaling Jaya. Foto MUHD NA’IM, 24 NOVEMBER 2022.

PETALING JAYA – Kenyataan Majlis Kerja Tertinggi MKT (MKT) semalam jelas menunjukkan bahawa gabungan Barisan Nasional (BN) menolak Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kedah, Datuk Johari Abdul, kenyataan itu membuktikan BN boleh bekerjasama dengan mana-mana gabungan selain PN.

“Mesej (kenyataan MKT UMNO semalam) jelas mereka boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak kecuali PN,” katanya kepada media di hadapan pejabat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, MKT UMNO sebulat suara berkata, pihaknya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan dipimpin oleh PN.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas selesai mesyuarat Majlis Tertinggi khas parti yang berlangsung selama lima jam dan berakhir jam 1 pagi.

“MKT (Majlis Tertinggi) secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya BN menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan diterajui oleh PN bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk,” katanya.

Dalam pada itu, Johari berkata, sebagai pimpinan PKR Kedah, pihaknya sedang membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, tahun depan.

“Saya sebagai ADUN kena sedia dengan apa yang berlaku sebab negeri (terutamanya Kedah) pun dalam bulan Mei atau Jun mungkin akan bubar.

“Kita kena sedia apa akan berlaku, apa pun PRN akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette