PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki memuat naik video mengandungi unsur perkauman di akaun Twitter direman selama tiga bermula hari ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, pemilik akaun Twitter, Zulfadzli@BumiLangit,  ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada hari ini dan siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Terdahulu, lelaki berusia 39 tahun itu yang memuat naik status di laman media sosial menyatakan dia dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membantu siasatan.

Lelaki tersebut mendakwa beliau sedang disiasat polis di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – MalaysiaGazette