Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Rakyat di Pahang diminta bersabar menanti keputusan pembentukan kerajaan negeri ini berikutan tiada parti yang mendapat majoti pada Pilihan raya Umum ke-15 Dewan Undangan Negeri Sabtu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara tersebut akan diumum dalam masa terdekat.

“Saya ucapkan terima kasih kerana menanti, kita tunggulah perkembangan selanjutnya,” katanya pada penamaan calon pilihan raya DUN Tioman, di sini, hari ini.

Semalam, Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Pahang, Rizal Jamin berkata, perbincangan antara PH dan BN negeri positif ke arah pembentukan kerajaan.

Barisan Nasional (BN) turut berunding dengan Perikatan Nasional (PN).

Wan Rosdy berkata, kini fokus diberikan kepada kempen pilihan raya DUN Tioman bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. – MalaysiaGazette