Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR – Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi pertimbangan melantik Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan.

Presidennya, Abdul Razak Md Hassan berkata, permintaan itu dilakukan berikutan rekod baik yang ditunjukkan Anthony ketika beliau menjawat jawatan itu antara 21 Mei 2018 hingga 24 Februari lalu.

“Pihak kesatuan turut percaya, sekiranya pelantikan Menteri Pengangkutan Malaysia ini dibuat kepada YB Anthony Loke, maka, pengangkutan awam, khususnya akan menerima limpah kebaikan, yang terutamanya membantu bagi peningkatan taraf pengangkutan awam yang lebih efisien, berbanding apa yang berlaku ketika hari ini yang mana telah menimbulkan banyak rungutan terhadap pengguna, iaitu rakyat Malaysia, bukan sahaja untuk perkhidmatan KTMB malah juga kepada semua pengangkutan awam lain, sama ada di bawah Prasarana atau pengangkutan awam lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kesatuan itu menaruh harapan agar pertimbangan itu dapat dilaksanakan demi kebaikan seluruh pengangkutan awam, khususnya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menghadapi delima dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Menurut Abdul Razak, kesatuan juga yakin Loke yang juga Setiausaha agung DAP merupakan seorang yang prihatin terhadap pekerja dan KTMB . – Malaysiagazette