KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang kesepuluh.
“Selamat maju jaya,” tulis bekas perdana menteri itu di laman Facebook.
Anwar yang mengangkat sumpah jawatan semalam pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri semasa Dr Mahathir menerajui kepimpinan negara.
Ahli Parlimen Tambun itu bagaimanapun telah dipecat pada 1998 dan dipenjarakan atas kesalahan yang sifatkan sebagai bermotifkan politik.
Bagaimanapun kedua-dua pemimpin itu bergabung membentuk kerajaan Pakatan Harapan apabila Barisan Nasional tumbang dalam pilihan raya umum ke-14 Mei 2018 di mana Dr Mahathir sekali lagi dilantik menjadi perdana menteri. – MalaysiaGazette