Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Walaupun bilangan ahli Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Gerakan Tanah Air (GTA) tidak ramai, namun ia tidak bermakna perjuangan parti itu tidak benar.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, malahan parti itu kadang kala dipinggirkan kerana berpegang kepada prinsip perjuangan.

“Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan tidak merasa terlalu sedih dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan kita untuk bangsa kita, agama kita dan juga tanah air kita,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu bagi mengucapkan terima kasih kepada 4,566 pengundi yang telah mengundi beliau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), minggu lalu.

Mahathir tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh 25,463 undi yang menyaksikan beberapa calon temasuk Mahathir hilang deposit dalam persaingan tersebut.

Para PRU15, GTA bertanding di 121 kerusi Parlimen dan 21 kerusi Dewan Undaangan Negeri (DUN) namun gabunbgan parti politik itu gagal meraih sebarang kemenangan.

Menurut Mahathir, beliau tidak tahu siapa yang mengundinya kerana undi adalah rahsia namun mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana berani melakukannya.

“Walaupun saya mungkin tidak kenal setiap seorang dari tuan-tuan dan puan-puan tetapi saya merasa sangat berbesar hati kerana semangat, keberanian dan penolakan rasuah oleh semua untuk memberi undi kepada saya yang mewakili Pejuang/GTA,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast